Wednesday, June 22, 2011

Pidato Meningkatkan Seni Berfikir

Apa itu Pidato? Pidato ialah berbicara di hadapan orang ramai bagi menyatakan pendapat, atau memberikan gambaran tentang suatu hal. Pidato yang baik dapat memberikan suatu kesan positif bagi orang-orang yang mendengar pidato tersebut. Kemampuan berpidato atau berbicara yang baik di depan umum perlu dipelajari oleh setiap orang.

Kemahiran pengucapan awam atau pidato umum ini sebenarnya boleh dipupuk atau diasah melalui proses pembelajaran, pendedahan dan amalan dengan bantuan serta bimbingan daripada pemidato-pemidato (pengucap) yang terlatih dalam bidang ini. Ini kerana setiap individu yang normal boleh melakukan pidato dan pengucapan awam sekiranya diberi peluang dan mempunyai kemahiran tersebut secara terperinci dan sistematik.




Pidato bukan hanya tahu bercakap atau hanya pandai berkata-kata, tetapi pidato sebenarnya ialah seni meluahkan kebijaksaan (ilmu dan seni berfikir) yang menggunakan seni bahasa indah dan menarik (seni berbahasa, seni berkata-kata) untuk menambat, memukau, menarik, dan mempengaruhi umum.

Masyarakat berpidato perlulah diwujudkan untuk membudayakan masyarakat yang maju pemikirannya, berani, berdaya saing, bersikap positif, bermotivasi tinggi. Anda boleh menyertai Kelab Pidato Perdana Kuala Lumpur sekiranya anda berminat dengan pidato. Matlamat  Kelab Pidato Perdana ialah untuk membantu rakyat Malaysiaunyuk  mempertingkatkan kemahiran menyampaikan ucapan dalam Bahasa Malaysia. Pengucapan awam merupakan antara cara yang paling baik yang akan menyumbang kepada pencapaian matlamat Kelab Pidato Perdana yang umum.



Pidato sebenarnya dapat menghilangkan perasaan gementar ketika berkomunikasi. Bagus jika kita tingkatkan diri untuk mempelajari cara-cara berpidato dan memberi ucapan dengan betul. Dengan ini, dapat meningkatkan banyak perkara seperti memperbaiki pertuturan Bahasa Melayu, mempelajari kaedah pengucapan awam yang terbukti berkesan, dan sekali gus dapat mengatasi rasa gementar ketika berucap di khalayak ramai.

No comments:

Post a Comment