Friday, June 24, 2011

Membaiki Komputer sendiri


Ini adalah panduan untuk membaiki komputer anda. Membaiki komputer menjadi mudah sekiranya anda mengetahui cara-cara untuk membaikinya. Dengan panduan ini, anda boleh belajar cara-cara untuk membaiki komputer anda sendiri tanpa menghantar ke kedai dimana anda akan dicaj berpuluh-puluh ringgit.




Panduan ini juga mengajar anda untuk membina dan melajukan komputer anda..

Download : Mediafire


Read more...

Wednesday, June 22, 2011

Pidato Meningkatkan Seni Berfikir

Apa itu Pidato? Pidato ialah berbicara di hadapan orang ramai bagi menyatakan pendapat, atau memberikan gambaran tentang suatu hal. Pidato yang baik dapat memberikan suatu kesan positif bagi orang-orang yang mendengar pidato tersebut. Kemampuan berpidato atau berbicara yang baik di depan umum perlu dipelajari oleh setiap orang.

Kemahiran pengucapan awam atau pidato umum ini sebenarnya boleh dipupuk atau diasah melalui proses pembelajaran, pendedahan dan amalan dengan bantuan serta bimbingan daripada pemidato-pemidato (pengucap) yang terlatih dalam bidang ini. Ini kerana setiap individu yang normal boleh melakukan pidato dan pengucapan awam sekiranya diberi peluang dan mempunyai kemahiran tersebut secara terperinci dan sistematik.




Pidato bukan hanya tahu bercakap atau hanya pandai berkata-kata, tetapi pidato sebenarnya ialah seni meluahkan kebijaksaan (ilmu dan seni berfikir) yang menggunakan seni bahasa indah dan menarik (seni berbahasa, seni berkata-kata) untuk menambat, memukau, menarik, dan mempengaruhi umum.

Masyarakat berpidato perlulah diwujudkan untuk membudayakan masyarakat yang maju pemikirannya, berani, berdaya saing, bersikap positif, bermotivasi tinggi. Anda boleh menyertai Kelab Pidato Perdana Kuala Lumpur sekiranya anda berminat dengan pidato. Matlamat  Kelab Pidato Perdana ialah untuk membantu rakyat Malaysiaunyuk  mempertingkatkan kemahiran menyampaikan ucapan dalam Bahasa Malaysia. Pengucapan awam merupakan antara cara yang paling baik yang akan menyumbang kepada pencapaian matlamat Kelab Pidato Perdana yang umum.



Pidato sebenarnya dapat menghilangkan perasaan gementar ketika berkomunikasi. Bagus jika kita tingkatkan diri untuk mempelajari cara-cara berpidato dan memberi ucapan dengan betul. Dengan ini, dapat meningkatkan banyak perkara seperti memperbaiki pertuturan Bahasa Melayu, mempelajari kaedah pengucapan awam yang terbukti berkesan, dan sekali gus dapat mengatasi rasa gementar ketika berucap di khalayak ramai.

Read more...

Tidak Boleh Download dari File Sharing

Baru-baru nie Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyekat 10 laman web perkongsian seperti :

FileServe.com
Warez-BB.org
MegaUpload.com
DepositFiles.com
ThePirateBay.org
DuckLoad.com
FilesTube.com
PutLocker.com
Movie2k.to
MegaVideo.com
 
So, disini saya ingin kongsi dengan anda semua bagaimana untuk membuka laman web yang telah disekat. Dengan hanya masuk ke laman web dibawah dan taipkan laman web yang disekat (seperti gambar dibawah)




Masukkan laman web, sebagai contoh saya letakkan 'www.megaupload.com' dan tekan 'Hide My Ass'


Zassss...da boleh buka..selamat mencuba..

Sebenarnya terdapat banyak cara untuk buka laman web yang disekat, contohnya tukar DNS, tukar proxy, tapi saya kongsi dengan anda semua cara yang paling senang. Tak payah tukar setting apa-apa.




Read more...

Tuesday, June 14, 2011

Hati-hati Memilih Permainan Anak Anda

kanak-kanak dan permainan tidak dapat dipisahkan. Permainan merupakan satu alat pembelajaran kanak-kanak yang pertama. Permainan inilah yang akan membina daya kreativiti kanak-kanak sekaligus mempengaruhi cara pemikiran kanak-kanak.

Pemilihan alat permainan untuk anak-anak perlu dibuat secara bijak oleh ibubapa kerana permainan ini mempengaruhi minda anak mereka. Minda kanak-kanak penuh dengan imaginasi semasa bermain. Imaginasi inilah yang membantu tumbesaran minda kanak-kanak. Alat permainan yang tidak sesuai akan menganggu imaginasi kanak-kanak. Sebagai contoh, jika kanak-kanak selalu bermain Grand Theif Auto (GTA), kanak-kanak tersebut cenderung untuk melakukan keganasan kerana terpengaruh dengan permainan yang dimainkan.

Untuk pemilihan permainan kanak-kanak anda boleh merujuk disini. Excelqhalif mengambil kesempanan ini menjemput tuan dan puan menghadiri Prebiu PERCUMA ALIMKids Playgroup yang bakal diadakan pada 25hb Jun 2011 ini di Bangi.Ia terbuka untuk anak-anak antara 2 hingga 4 tahun. Pihak Excelqhalif akan sediakan aktiviti menarik untuk anak anda sertai. Segala keterangan lanjut dan buat pengesahan pendaftaran/penyertaan di web – >KLIK SINI<.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita luar negara dimana kanak-kanak lelaki 12 tahun bakal dipenjara seumur hidup bagi mengelakkan daripada membunuh lagi. Berikut merupakan cebisan daripada berita tersebut


MIAMI: Pendakwa raya mahu supaya seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dipenjarakan seumur hidup - bagi mengelakkannya daripada membunuh lagi.Cristian Fernandez mungkin menjadi banduan seumur hidup termuda di Amerika selepas dia disyorkan dibicarakan sebagai orang dewasa dalam kes pembunuhan adiknya berusia dua tahun.

Pendakwa raya Angela Corey berkata: “Kami terpaksa melindungi orang awam daripada kanak-kanak ini.” Sekiranya Fernandez didakwa sebagai juvana dan didapati bersalah, dia akan dibebaskan apabila mencecah usia 21 tahun.

Fernandez didakwa membelasah adiknya David Galarriago hingga mati di kediaman mereka di Jacksonville, Florida, Mac lalu. David mati akibat keretakan di kepala yang menyebabkan pendarahan pada otaknya.

Dia meninggal dua hari selepas dimasukkan ke hospital. Laporan bedah siasat menunjukkan kecederaan dialaminya disebabkan oleh pukulan benda tumpul di kepalanya.Fernandez sebelum itu pernah menyerang adiknya dan mematahkan kakinya. Angela berkata, dia mahu budak itu dibicarakan sebagai orang dewasa selepas mengkaji semula sejarah keganasan.

sumber berita : hmetro



Read more...

Thursday, June 9, 2011

Main Game Dapat Duit Dalam EURO

Kepada pengemar game online, disini saya ingin berkongsi dengan anda satu game yang agak baru jugak la di malaysia sebab yang paling otai pon register pada bulan february (setahu saya la). Walaubagaimanapun, buat masa ini Malaysia mempunyai bilangan pemain nombor 2 terbanyak berbanding negara lain. Nama game nie ANNO1777. Pernah dengar tak. Kalau tak pernah dengar boleh la melawat website game ni, ANNO1777.

Bagi saya, game ni sangat menarik sebab game ini tidak memerlukan anda untuk berada 24 jam di depan PC. Sebagai contoh sekiranya anda sedang bekerja di kilang senjata, anda mesti bekerja selama 8 jam. Dalam tempoh 8 jam ini anda tidak dibenarkan membuat apa-apa. Jadi anda tidak perlu tunggu di depan PC sehingga tempoh 8 jam ini tamat. Anda boleh logout dan menjalankan aktiviti normal anda seperti biasa.

Untuk pengetahuan semua, benda yang paling penting dalam game ni ialah wellness. Wellness adalah penting untuk berada dalam keadaan tinggi kerana ia merupakan salah satu faktor penentu pendapatan anda. Wellness akan berkurang setiap jam walaupun anda tidak berbuat apa-apa dan akan menurun secara mendadak sekiranya anda bekerja atau berlawan, jadi anda perlu makan, minum, memakai pakaian atau tunggal di dalam rumah untuk memastikan wellness tinggi setiap masa.

Konsep game ini adalah seperti kehidupan sebenar, anda perlu makan, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain untuk terus hidup. Untuk memenuhi keperluan tersebut, anda memerlukan duit. Duit tersebut boleh anda perolehi dengan cara memasukkan duit sebenar ke dalam akaun game anda. Itu merupakan cara singkat untuk mempunyai duit yang banyak dalam masa yang singkat.

Selain bekerja, anda boleh menyerang mana-mana pemain lain dan sekiranya anda menang perlawanan, anda akan diberikan bonus. Bonus yang diberikan adalah bergantung kepada keadaan wellness anda pada ketika itu (sebab iutulah wellness sangat penting). Yang kalah akan menjadi slave kepada yang menang. Dengan itu anda juga boleh mendapat sedikit habuan hasil daripada pendapatan slave anda. Anda boleh menyerang sesiapa sahaja dalam kawasan anda dan anda boleh diserang bila-bila masa sahaja. Setiap pemain akan menjadi slave tidak kira bertapa kuat pemain tersebut.

Salah satu cara untuk meningkatkan pendapatan adalah dengan bekerja. Anda boleh mencari pekerjaan yang ditawarkan pada dengam pergi ke jobs market. Setiap kawasan mempunyai jumlah peluang kerja yang berlainan. Anda perlu bekerja selama 8 jam. Dalam 24 jam, anda hanya dibenarkan untuk bekerja sekali sahaja.

Seperti kehidupan biasa, sekiranya anda mempunyai modal, anda juga boleh membuka perniagaan. Dengan cara ini, anda boleh meningkatkan lagi pendapatan anda. Anda juga boleh menjadi seorang askar atau ahli politik seperti perdana menteri atau gabenor.

Anda juga boleh menjelajah ke mana-mana sahaja samada di dalam Malaysia atau di luar Malaysia dengan berjalan kaki atau menaiki kenderaan.kenderaan yang ada adalah carriages dan balloon. Untuk mendaftar anda perlu klik link dibawah.


Selepas daftar, anda perlu mendaftarkan no talifon bimbit anda ke dalam sistem dengan cara menghantar sms. Caj sebanyak 0.1 euro akan dikenakan (semasa saya daftar tak kena caj pun). Apabila anda sudah mendaftar, anda hanya dibekalkan dengan 50% wellness dan 0.1 euro (daripada pendaftaran nombor talifon).



Perkara pertama selepas anda mendaftar ialah lengkapkan profile anda, maklumat dan 10 keping gambar (10 muka yang sama, tak kisah gambar siapa). Selepas itu tuntut bonus complete profile. Wellness anda masih tinggi semasa ini, jadi bonus yang anda tuntut adalah tinggi. Selepas itu anda perlu bekerja, cari kerja di jobs market. JANGAN berpindah ke kawasan lain kerana ini akan mengurangkan wellness anda secara mendadak.

Read more...