Thursday, June 9, 2011

Main Game Dapat Duit Dalam EURO

Kepada pengemar game online, disini saya ingin berkongsi dengan anda satu game yang agak baru jugak la di malaysia sebab yang paling otai pon register pada bulan february (setahu saya la). Walaubagaimanapun, buat masa ini Malaysia mempunyai bilangan pemain nombor 2 terbanyak berbanding negara lain. Nama game nie ANNO1777. Pernah dengar tak. Kalau tak pernah dengar boleh la melawat website game ni, ANNO1777.

Bagi saya, game ni sangat menarik sebab game ini tidak memerlukan anda untuk berada 24 jam di depan PC. Sebagai contoh sekiranya anda sedang bekerja di kilang senjata, anda mesti bekerja selama 8 jam. Dalam tempoh 8 jam ini anda tidak dibenarkan membuat apa-apa. Jadi anda tidak perlu tunggu di depan PC sehingga tempoh 8 jam ini tamat. Anda boleh logout dan menjalankan aktiviti normal anda seperti biasa.

Untuk pengetahuan semua, benda yang paling penting dalam game ni ialah wellness. Wellness adalah penting untuk berada dalam keadaan tinggi kerana ia merupakan salah satu faktor penentu pendapatan anda. Wellness akan berkurang setiap jam walaupun anda tidak berbuat apa-apa dan akan menurun secara mendadak sekiranya anda bekerja atau berlawan, jadi anda perlu makan, minum, memakai pakaian atau tunggal di dalam rumah untuk memastikan wellness tinggi setiap masa.

Konsep game ini adalah seperti kehidupan sebenar, anda perlu makan, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain untuk terus hidup. Untuk memenuhi keperluan tersebut, anda memerlukan duit. Duit tersebut boleh anda perolehi dengan cara memasukkan duit sebenar ke dalam akaun game anda. Itu merupakan cara singkat untuk mempunyai duit yang banyak dalam masa yang singkat.

Selain bekerja, anda boleh menyerang mana-mana pemain lain dan sekiranya anda menang perlawanan, anda akan diberikan bonus. Bonus yang diberikan adalah bergantung kepada keadaan wellness anda pada ketika itu (sebab iutulah wellness sangat penting). Yang kalah akan menjadi slave kepada yang menang. Dengan itu anda juga boleh mendapat sedikit habuan hasil daripada pendapatan slave anda. Anda boleh menyerang sesiapa sahaja dalam kawasan anda dan anda boleh diserang bila-bila masa sahaja. Setiap pemain akan menjadi slave tidak kira bertapa kuat pemain tersebut.

Salah satu cara untuk meningkatkan pendapatan adalah dengan bekerja. Anda boleh mencari pekerjaan yang ditawarkan pada dengam pergi ke jobs market. Setiap kawasan mempunyai jumlah peluang kerja yang berlainan. Anda perlu bekerja selama 8 jam. Dalam 24 jam, anda hanya dibenarkan untuk bekerja sekali sahaja.

Seperti kehidupan biasa, sekiranya anda mempunyai modal, anda juga boleh membuka perniagaan. Dengan cara ini, anda boleh meningkatkan lagi pendapatan anda. Anda juga boleh menjadi seorang askar atau ahli politik seperti perdana menteri atau gabenor.

Anda juga boleh menjelajah ke mana-mana sahaja samada di dalam Malaysia atau di luar Malaysia dengan berjalan kaki atau menaiki kenderaan.kenderaan yang ada adalah carriages dan balloon. Untuk mendaftar anda perlu klik link dibawah.


Selepas daftar, anda perlu mendaftarkan no talifon bimbit anda ke dalam sistem dengan cara menghantar sms. Caj sebanyak 0.1 euro akan dikenakan (semasa saya daftar tak kena caj pun). Apabila anda sudah mendaftar, anda hanya dibekalkan dengan 50% wellness dan 0.1 euro (daripada pendaftaran nombor talifon).



Perkara pertama selepas anda mendaftar ialah lengkapkan profile anda, maklumat dan 10 keping gambar (10 muka yang sama, tak kisah gambar siapa). Selepas itu tuntut bonus complete profile. Wellness anda masih tinggi semasa ini, jadi bonus yang anda tuntut adalah tinggi. Selepas itu anda perlu bekerja, cari kerja di jobs market. JANGAN berpindah ke kawasan lain kerana ini akan mengurangkan wellness anda secara mendadak.

No comments:

Post a Comment