Tuesday, June 14, 2011

Hati-hati Memilih Permainan Anak Anda

kanak-kanak dan permainan tidak dapat dipisahkan. Permainan merupakan satu alat pembelajaran kanak-kanak yang pertama. Permainan inilah yang akan membina daya kreativiti kanak-kanak sekaligus mempengaruhi cara pemikiran kanak-kanak.

Pemilihan alat permainan untuk anak-anak perlu dibuat secara bijak oleh ibubapa kerana permainan ini mempengaruhi minda anak mereka. Minda kanak-kanak penuh dengan imaginasi semasa bermain. Imaginasi inilah yang membantu tumbesaran minda kanak-kanak. Alat permainan yang tidak sesuai akan menganggu imaginasi kanak-kanak. Sebagai contoh, jika kanak-kanak selalu bermain Grand Theif Auto (GTA), kanak-kanak tersebut cenderung untuk melakukan keganasan kerana terpengaruh dengan permainan yang dimainkan.

Untuk pemilihan permainan kanak-kanak anda boleh merujuk disini. Excelqhalif mengambil kesempanan ini menjemput tuan dan puan menghadiri Prebiu PERCUMA ALIMKids Playgroup yang bakal diadakan pada 25hb Jun 2011 ini di Bangi.Ia terbuka untuk anak-anak antara 2 hingga 4 tahun. Pihak Excelqhalif akan sediakan aktiviti menarik untuk anak anda sertai. Segala keterangan lanjut dan buat pengesahan pendaftaran/penyertaan di web – >KLIK SINI<.


Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita luar negara dimana kanak-kanak lelaki 12 tahun bakal dipenjara seumur hidup bagi mengelakkan daripada membunuh lagi. Berikut merupakan cebisan daripada berita tersebut


MIAMI: Pendakwa raya mahu supaya seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dipenjarakan seumur hidup - bagi mengelakkannya daripada membunuh lagi.Cristian Fernandez mungkin menjadi banduan seumur hidup termuda di Amerika selepas dia disyorkan dibicarakan sebagai orang dewasa dalam kes pembunuhan adiknya berusia dua tahun.

Pendakwa raya Angela Corey berkata: “Kami terpaksa melindungi orang awam daripada kanak-kanak ini.” Sekiranya Fernandez didakwa sebagai juvana dan didapati bersalah, dia akan dibebaskan apabila mencecah usia 21 tahun.

Fernandez didakwa membelasah adiknya David Galarriago hingga mati di kediaman mereka di Jacksonville, Florida, Mac lalu. David mati akibat keretakan di kepala yang menyebabkan pendarahan pada otaknya.

Dia meninggal dua hari selepas dimasukkan ke hospital. Laporan bedah siasat menunjukkan kecederaan dialaminya disebabkan oleh pukulan benda tumpul di kepalanya.Fernandez sebelum itu pernah menyerang adiknya dan mematahkan kakinya. Angela berkata, dia mahu budak itu dibicarakan sebagai orang dewasa selepas mengkaji semula sejarah keganasan.

sumber berita : hmetro


No comments:

Post a Comment