Setiap orang tidak mahu data mereka diakses oleh orang lain. Terdapat banyak cara untuk menyembunyikan data daripada diakses oleh orang lain contohnya dengan menyembunyikan folder atau partition yang mengandungi data tersebut.
Setiap Hard Disk mempunyai saiz yang berbeza. Sebagai contoh 180GB, 320GB dan 500GB. Oleh kerana saiz untuk penyimpanan data adalah besar bagi sesebuah komputer, pengguna lebih suka membuat partition untuk hard disk kerana ianya lebih mudah diakses. Jadi akan ada lebih banyak partition yang wujud seperti partition muzik, partiton system dan partition data.
Terdapat banyak cara untuk menyembunyikan partition seperti mengubah registry, menggunakan cmd dan software. Disini saya ingin kongsikan dengan anda 2 cara untuk menyembunyikan partition dengan menggunakan cmd.
Cara 1
1. Tekan butang Start / Run / cmd dan tekan OK
2. Taip DISKMGMT dan tekan Enter
3. Tekan RIGHT CLICK pada partition dan tekan "Change Drive Letter and Path".
4. Tekan Remove dan Yes. Hasilnya seperti gambar dibawah
5. Untuk mengembalikan partition anda, ulangi langkah 1-3 dan tekan Add dan assign dengan mana-mana drive letter yang anda suka.
Cara 2
1. Tekan butang Start / Run / cmd dan tekan OK
2. Taip DISKPART dan tekan Enter
3. Taip LIST VOLUME dan tekan Enter(semua partition yang ada ditunjukkan)
4. Pilih volume mana yang hendak anda sembunyikan. Sebagai contoh saya pilih untuk menyembunyikan partition Z, jadi saya pilih volume 4. Saya taip Select volume 4. Kemudian taip Remove letter z.
5. untuk mengembalikan partition anda, ulangi langkah 1-4, tetapi gantikan "remove letter z" kepada "assign letter z".
No comments:
Post a Comment